Terma Penggunaan

TERMA PENGGUNAAN

SIAR menyediakan perkhidmatan penstriman peribadi yang membolehkan pelanggan mengakses filem melalui Internet menerusi komputer, telefon pintar dan peranti elektronik lain. TERMA PENGGUNAAN ini mengawal selia penggunaan perkhidmatan SIAR oleh pelanggan SIAR. Terma seperti “Perkhidmatan SIAR” atau “perkhidmatan” membawa maksud perkhidmatan milik peribadi yang disediakan SIAR bagi membenarkan pelanggan SIAR mencari dan menikmati kandungan SIAR, termasuk laman web dan laman akaun pengguna, serta semua kandungan dan perisian yang berkaitan dengan perkhidmatan SIAR.

1.1 Langganan SIAR anda akan berterusan sehingga ditamatkan. Untuk menggunakan perkhidmatan SIAR, anda perlu mempunyai akses Internet dan melunaskan yuran langganan. “YURAN LANGGANAN” bermaksud pembayaran semasa, sah, diterima, dikemaskini dari semasa ke semasa yang membenarkan pihak SIAR menerima pembayaran melalui akaun anda melalui pihak ketiga. Anda juga membenarkan pihak SIAR mengenakan yuran langganan untuk kitaran yuran seterusnya melalui butiran pembayaran yang ditetapkan, melainkan pembatalan dibuat sebelum tarikh pengebilan (rujuk terma Pembatalan di bawah).

1.2 SIAR menawarkan beberapa pelan langganan seperti pelan bulanan dan pelan tahunan. Dari semasa ke semasa, SIAR juga berkemungkinan akan memperkenalkan atau menawarkan pelan-pelan langganan istimewa dan promosi khas langganan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Sebarang butiran khusus berkaitan langganan SIAR boleh didapati di laman rasmi SIAR.

2.1. PROSES YURAN
Yuran langganan untuk perkhidmatan SIAR dan sebarang caj berkaitan, seperti cukai dan yuran transaksi akan dikenakan kepada anda pada tarikh pengebilan tertentu yang dinyatakan di halaman “AKAUN” anda. Tempoh kitaran langganan anda akan bergantung pada jenis langganan yang anda pilih semasa proses melanggan perkhidmatan ini. Tarikh pembayaran anda juga berkemungkinan berubah dalam keadaan tertentu contohnya jika yuran langganan anda tidak berjaya, atau jika keahlian berbayar anda bermula pada tarikh yang mungkin hanya wujud pada tahun tertentu (contoh – 29 Februari). Lawati laman web SIAR dan klik pautan “AKAUN” untuk merujuk tarikh pembayaran yuran anda yang seterusnya.

2.2. BUTIRAN PEMBAYARAN
Untuk menggunakan perkhidmatan SIAR anda mesti melengkapkan butiran pembayaran. Anda juga membenarkan SIAR untuk mengenakan caj melalui butiran pembayaran yang didaftarkan bersama akaun anda. Sekiranya pembayaran telah dilakukan, yuran langganan tidak akan dikembalikan. Anda turut bertanggungjawab terhadap sebarang nilai yang belum dilangsaikan. Jika suatu yuran gagal dilunaskan atas sebab penamatan tempoh, kekurangan dana atau sebaliknya, itu tidak akan membatalkan akaun anda, tetapi SIAR akan menggantung akses anda kepada perkhidmatan sehingga SIAR berjaya mengenakan caj melalui saluran pembayaran yang sah. Untuk sesetengah pembayaran, pengeluar kredit mungkin mengenakan caj yuran tertentu, seperti yuran transaksi asing atau yuran lain yang berkaitan dengan pemprosesan pembayaran anda. Caj cukai setempat mungkin berbeza bergantung pada pembayaran yang digunakan. Sila semak dengan pembekal perkhidmatan pembayaran anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

2.3. MENGEMAS KINI BUTIRAN PEMBAYARAN ANDA
Anda boleh mengemas kini butiran pembayaran anda di halaman “AKAUN”. SIAR juga akan mengemas kini pembayaran anda dengan menggunakan maklumat yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan pembayaran. Jika terdapat sebarang kemaskini pada perkhidmatan, anda turut membenarkan SIAR untuk terus mengenakan yuran pada butiran pembayaran yang sedia ada.

2.4. PEMBATALAN
Anda boleh membatalkan langganan SIAR anda pada bila-bila masa, dan akan terus mendapat akses kepada perkhidmatan SIAR sehingga tempoh yuran anda ditamatkan. Berdasarkan kepada perkara yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, yuran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan SIAR tidak memberikan bayaran balik untuk tempoh langganan separa atau kandungan SIAR yang tidak ditonton. Untuk membuat pembatalan, anda boleh ke halaman “AKAUN” dan ikut arahan bagi tujuan pembatalan. Jika langganan anda dibatalkan, akaun anda akan dihentikan secara automatik apabila tamat tempoh. Untuk melihat tarikh penamatan akaun, klik “Butiran Langganan” di halaman “AKAUN”.

2.5. PERUBAHAN HARGA PELAN LANGGANAN
SIAR mungkin menukar pelan langganan dan harga perkhidmatan dari semasa ke semasa; walau bagaimanapun, sebarang perubahan harga atau perubahan pelan langganan akan diberikan notis tempoh 30 hari untuk meneruskan atau tidak.

3.1. Anda mestilah berumur 18 tahun, untuk menjadi pelanggan SIAR. Mereka yang di bawah umur hanya boleh menggunakan perkhidmatan ini di bawah seliaan penjaga atau orang dewasa.

3.2. Sebarang kandungan yang ditayangkan di SIAR adalah untuk kegunaan peribadi, bukan untuk tujuan komersial dan tidak boleh dikongsi dengan individu lain. Keahlian SIAR anda adalah hak terhad, tidak boleh dipindah milik bagi tujuan mengakses perkhidmatan SIAR dan melihat kandungan SIAR. Selain kepada perkara yang dinyatakan di atas, sebarang hak milik dan penggunaannya adalah tanggungjawab anda. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan perkhidmatan ini untuk tontonan umum.

3.3. Anda boleh melihat kandungan SIAR hanya di lokasi geografi yang SIAR tawarkan perkhidmatan kami dan telah melesenkan kandungan tersebut. Kandungan yang sedia untuk dinikmati mungkin akan berbeza-beza mengikut lokasi geografi dan akan berubah dari semasa ke semasa. TIADA akses secara serentak melalui peranti berbeza dibenarkan dan sila rujuk kepada pelan langganan anda di halaman “AKAUN” untuk maklumat lanjut.

3.4. Perkhidmatan SIAR dikemaskini secara kerap. Kami juga menguji aspek perkhidmatan kami secara berterusan di laman web dan isi kandungan kami.

3.5. Anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan SIAR serta semua ciri dan kefungsian yang berkaitan dengannya, selaras dengan semua undang-undang, peraturan dan perundangan berkaitan. Anda bersetuju untuk tidak mengarkib, menghasilkan semula, mengedar, mengubah suai, memapar, menerbit, memberi lesen, menawar untuk jualan atau mengguna kandungan dan maklumat yang terkandung atau diperoleh daripada atau melalui perkhidmatan SIAR. Anda juga bersetuju supaya TIDAK: memintas, mengeluar, mengubah, menyahaktif, menurunkan taraf atau menghalang sebarang perlindungan kandungan dalam perkhidmatan SIAR; menggunakan sebarang bot, secara tidak sah, atau kaedah automasi lain untuk mengakses perkhidmatan SIAR; meleraikan atau menyahhimpunkan sebarang perisian atau produk atau proses lain yang boleh diakses melalui perkhidmatan SIAR, memasukkan sebarang kod atau produk atau memutarbelitkan kandungan perkhidmatan SIAR dengan apa-apa cara; atau menggunakan sebarang kaedah perlombongan data, pengumpulan data atau kaedah pengestrakan.

3.6. Anda bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiar, menghantar e-mel atau sebaliknya, menghantar atau memindah sebarang bahan yang direka untuk mengganggu, menghancur atau mengehad kefungsian sebarang perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi yang berkaitan dengan perkhidmatan SIAR, termasuk sebarang virus perisian atau sebarang kod, fail atau program komputer lain. SIAR berhak menamatkan atau menyekat langganan anda terhadap perkhidmatan SIAR jika anda melanggar TERMA PENGGUNAAN ini atau terlibat dalam penggunaan perkhidmatan secara menyalahi undang-undang atau melibatkan penipuan.

3.7. Kualiti paparan kandungan SIAR mungkin berbeza berdasarkan peranti, mungkin terjejas oleh pelbagai faktor seperti lokasi anda, jalur lebar yang digunakan dan/atau kelajuan sambungan Internet anda. Format SD, HD dan Ultra HD tertakluk pada perkhidmatan Internet, keupayaan peranti dan format kandungan yang ditonton. Bukan semua kandungan tersedia dalam semua format, seperti SD, HD atau Ultra HD. Tetapan siaran pada rangkaian selular tidak termasuk kandungan SD, HD dan Ultra HD. Anda bertanggungjawab terhadap semua caj akses Internet. Sila hubungi pembekal Internet anda untuk mendapatkan maklumat tentang caj penggunaan data Internet yang berkemungkinan. Tempoh yang diambil untuk memulakan tayangan kandungan SIAR akan berbeza berdasarkan beberapa faktor, termasuk lokasi anda, kelajuan jalur lebar, kandungan yang anda telah pilih dan konfigurasi peranti SIAR anda.

Pelanggan akaun SIAR mempunyai akses, kawalan terhadap akaun SIAR dan bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang dilakukan di akaun SIAR. Anda bertanggungjawab untuk mengemaskini dan melindungi maklumat akaun anda. SIAR berhak menamatkan atau menghadkan akses ke akaun anda demi melindungi anda dan SIAR daripada kecurian identiti atau aktiviti penipuan lain.

Perkhidmatan SIAR disediakan “seadanya” dan tanpa waranti atau syarat. Perkhidmatan SIAR berkemungkinan mempunyai gangguan atau ralat. Anda bersetuju mengenepikan semua kerugian khas, tidak langsung dan gangguan berbangkit terhadap SIAR. Terma ini tidak akan mengehadkan sebarang waranti yang tidak boleh diketepikan atau hak perlindungan pengguna yang anda mungkin berhak di bawah undang-undang negara tempat tinggal anda.

Berdasarkan undang-undang terpakai, anda dan SIAR bersetuju bahawa setiap pihak boleh membawa tuntutan terhadap yang lain hanya dalam kapasiti anda atau individu tersebut, dan bukan sebagai seorang plantif atau perwakilan prosiding yang dimaksudkan. Selanjutnya, sekiranya dibenarkan di bawah undang-undang terpakai, melainkan kedua-dua anda dan SIAR bersetuju sebaliknya, pihak mahkamah tidak boleh menggabungkan tuntutan oleh lebih daripada seorang individu dalam tuntutan anda dan tidak boleh mengetuai sebarang bentuk perwakilan.

7.1. UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
Terma Penggunaan ini akan ditadbir dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia.

7.2. BAHAN TANPA KEPERLUAAN
SIAR tidak menerima bahan atau idea tanpa keperluaan untuk kandungan SIAR dan tidak bertanggungjawab terhadap keserupaan kandungan dan pengaturcaraan dalam sebarang media pada bahan atau idea yang dipindahkan kepada SIAR.

7.3. KHIDMAT BANTUAN PELANGGAN
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan SIAR atau anda memerlukan bantuan dengan akaun anda, sila lawati “HUBUNGI KAMI” di laman web SIAR. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara TERMA PENGGUNAAN dan maklumat yang diberikan oleh Sokongan Pelanggan atau bahagian lain dalam laman web SIAR, TERMA PENGGUNAAN ini akan terpakai.

7.4. KELANGSUNGAN
Sekiranya sebarang peruntukan dalam TERMA PENGGUNAAN ini dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka kesahihan, pengesahan dan keberkuatkuasaan peruntukan yang selebihnya akan kekal berkuatkuasa sepenuhnya.

7.5. PERUBAHAN PADA TERMA PENGGUNAAN
Dari semasa ke semasa, SIAR mungkin akan mengubah TERMA PENGGUNAAN ini. SIAR akan memaklumkan anda sekurang-kurangnya 30 hari sebelum perubahan tersebut dilaksanakan dan anda bersetuju untuk menerima sebarang perubahan
TERMA PENGGUNAAN yang baru.

7.6. KOMUNIKASI ELEKTRONIK
Kami akan menghantar maklumat berkenaan akaun anda (contohnya, maklumat pembayaran, invois, perubahan kata laluan, yuran langganan, mesej pengesahan, atau notis berkaitan) kepada anda dalam bentuk elektronik sahaja, contohnya melalui e-mel kepada alamat e-mel anda yang diberikan semasa pendaftaran.

KEMAS KINI TERAKHIR:

30-10-2020

KEMAS KINI TERAKHIR:
30-10-2020

KEMAS KINI TERAKHIR:

30-10-2020

Tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut.

Dari: Siar.my